Cuti cuti dibulan puasa
Aku called my ex-schoolmate ari tu. Dok cerita pasal puasa, buka and raya sume la. Ala girls' thing biasa la. Sekali bila aku tanya dia ko puasa tak ari ni. Dia cakap tak tapi dia tak leh makan gak. Aku heran sebab dia surirumah tapi apsal tak nak makan plak. Sekali tu dia bagitahu aku dia tak nak makan depan anak dia nanti jadi contoh and dia tengah latih anak dia puasa. Aku cam heran memula sebab inform jer la kenapa. Why must u sacrifice sampai macam tu. Rupanya anak dia tu dah besar(6 tahun jer)tapi tak nak puasa lagi so she wants to set an example la kiranya. Baru aku perasan anak aku jer yg kekecik lagi, most of anak kawan aku masa sekolah dah bersekolah.
Talking bout cuti masa puasa ni, last week masa aku bercuti aku sanggup balik rumah have lunch. Sebelum tu singgah jap kat drive thru. Ye la bila tak puasa dan memang tak bole puasa lapar dia semacam. Pernah satu hari tu aku tak makan, dah la tak breakfast, pening yang amat jadinya aku. Sampai ke malam pening aku berlarutan. Angin dah naik sampai ke kepala. Bila puasa tak de la sampai teruk aku jadinya. Paling best kalau tak puasa ni hari jumaat sebab guys sume pegi solat jumaat (Alhamdulillah alim bebudak laki kat opis aku heheh). Masa they all tak ada aku leh seludup masuk makanan and bole makan kat opis. In fact budak budak laki dalam opis aku ni pun ada yg tahu kalau aku cecepat halau diaorg pergi masjid. Sorry la yea...
This year aku cadang lepas raya jer nak terus ganti cecepat. Nak ganti masa puasa 6. Cewah azam beriya sekali tu sibuk attend rumah terbuka lebur azam aku...hehe
<< Home