Hari yg sibuk
Hari hari sekarang aku sibuk. Bila agaknya aku tak sibuk ya...
Semalam aku balik lambat lagi. Sampai nursery jer dah pukul 8 mlm. The day before that 8.30 mlm. Ni sebab ada testing kat JRC la ni. kalau tak tak de nye aku balik sampai jauh mlm. Kesian anak anak aku kene duduk kat nursery sampai mlm. Nasib baik la cikgu cikgu nursery tu memahami keadaan aku skrg. Babah pun balik lambat jugak. Ni yg rasa mcm nak beli kereta lagi satu ni tapi bila pk balik malas nak menambah kan hutang. Nanti saving tak bole byk.
Semalam aku terlambat sket keluar dr opis. Aku pun drive pegi LRT Bkt Jalil. While i was driving, sorang sorang Head call aku tanya status testing. Nak jawab apa..nothing much lepas tu ada pulak isu baru yg diaorg ni timbulkan. Sampai kat LRT Station cepat cepat aku cari parking nasib baik dapat yg dekat, tak de la tgh tgh mlm nanti aku kene jalan jauh sorang sorang. Dpt LRT bila sampai je kat Masjid Jamek tetiba jer hujan lebat mencurah curah. Aku ni dah la tak de payung. As i passed by few Indian shops ada sorang Indian uncle ni tegur aku, "Adik tak nak beli payung ker? Hujan lebat ni nanti basah demam" Aku pun beli la payung kat kedai dia dgn harga 10 inggit. Mahal bukan main utk setakat payung cikai mcm tu. Ini la dinamakan menangguk di air keruh. Dah tahu org dlm keadaan mcm tu jual dgn harga bukan main lagi tak berpatutan. But i don't have any other options. Takkan aku nak buat testing dgn basah lenjun. Dah la dlm bilik server. Haii dgn laptop yg boleh tahan beratnya aku pun terus pergi Telekom Building tu. Letih tak payah cerita la. Dah sampai je kat situ aku terus tegur Suresh, developer Agilent tu. Dia bg aku a bit of good news. 2 test cases dah pass bila dia buat testing ngan Ayin. lega aku dengar. So aku just verify jer apa yg diaorg buat tuh. Tapi ada issue baru pulak. Ala mcm mcm la diaorg ni. Byk pulak cekadak. Sekali bila nak start testing, ayin bagitahu ada gegaran kat Wisma Semarak. Dia kene keluar dr building. Argghh..tak tahu aku nak ckp apa. Dugaan Allah. Tunggu punya tunggu sempatla aku siapkan report utk boss aku. Hari hari kene buat report. Boss aku suruh tunggu jugak sampai bole buat testing. So we all started around 6 something. bila test tak bole jugak. Hmm...aku pun discuss ngan Suresh minta tangguh sampai Khamis. Rabu we all test remotely jer. Tak larat aku nak dtg JRC ni everyday.
Bila aku dah balik sampai kat area nursery, gelap semacam jer. Aikk black out lagi ke? semalam black out. ari ni pun black out gak? hmmm kesian anak anak aku bergelap. Lepas ambil bebudak tu aku pun terus balik umah. Call babah suh tunggu kat bawah sbb byk brg nak kene angkut. Sampai kat parking lot, babah dah tunggu. Lepas angkut brg brg and bebudak tuh aku mandi and baru aku rasa lega nya. Penat betul hari ni. berkejar ke sana ke mari. Mlm tu aku tidur awal sbb tak larat rasanya tgn ngan kaki aku ni. Macam mana la org tiap tiap hari bole travel jauh semata mata nak pegi kerja. Rasa mcm tak berbaloi. Kalau nak cari kerja pun aku rasa better aku cari dekat sekitar cyberjaya aje la. kalau jauh ni aku rasa mmg tak pulang modal. Bukan setakat modal minyak, tambang and tol aje, penat lelah pun sama. balik keje nak kene tempoh jem and so on. Lepas tu tak dapat nak spend time ngan anak anak. Where as masa ni la kalau nak spend time ngan anak anak pun. Bila diaorg dah membesar dan ke sekolah diaorg takkan spend time ngan kita dah. More time spent with their friends at school and doing their own things. So untuk aku pegi keje tpt jauh utk waktu terdekat ni adalah impossible rasanya. Unless i have better offer. Kalau setakat different 100-200 jer better forget it la.