BZ as a bee
Hari ni aku pening, dah lama aku tak update blog aku ni. Pening bukan sbb apa tapi sbb aku tak mkn pagi. Tak sempat. Mcm mcm nak kene settle. Bukak jer email, dpt email plak yg membelasah aku drp boss aku yg byk cekadak. Tak cukup ngan email panggil masuk meeting. Nasib baik tak belasah dlm meeting sbb aku buat muka tak reti jer. Last Friday aku EL sbb ada kematian. Uncle aku meninggal sbb sakit bengkak hati. Aku dr opis terus balik kpg dan sempat juga la pegi kubur. At least sempat la aku memberi penghormatan terakhir. Pastu rush balik ke KL Pagi ni pulak dpt email yg asyik nak belasah jer. Sakit kepala aku la.
Tengahari ni nak kene rush g Jln Raja Chulan sbb ada testing lagi nak kene buat. Aku rasa cam nak mintak keje lain jer tp skrg ni cam susah nak dpt keje. Aku dah bg resume tp so far tak de jawapan positif la.
Zhulian..hmm aku rasa dah lama aku tak aktif sbb dgn kerja aku yg byk dan bila balik aku tak menang tangan, aku rasa tak terkejar skrg. Aku yakin kalau aku rajin berusaha mmg dapat pulangan yg tinggi tapi skrg ni aku rasa begitu tertekan sbb terlalu sibuk dgn tugas harian kat opis dan di rumah. Adik baru baik demam selama 3 hari. Kakak pulak baru baik dr batuk yg telah lama dia kene tu. Aku? Hmmm rasa cam nak pengsan pun ada tapi aku kuatkan semangat untuk anak anak dan suami aku. Aku rasa cukup setakat ni aje hari ni kejap lagi nak berangkat pegi JRC pulak.
<< Home