Kerenah 2 Orang Anak
Hmm..penatnya aku ....
Semalam hubby aku call kata dia balik lambat. So petang tu aku pun lepas fire drill terus cabut balik rumah. lagipun masa tu dah pukul 5.30..nak tunggu apa lagi baik aku blah jer terus. Sampai je kat rumah aku terus buat kerja and then mandi. Dah siap aku ambik anak aku kat nursery. Sebelum tu aku dah call hubby aku nak masak apa ...dia kata tak payah masak sbb dia nak belikan mee goreng kat luar. Okey la aku fikir at least ringan sket beban aku. so aku pun rushing ke nursery. Lepas ambil anak anak aku terus balik rumah. Bila dah parking aku terus angkut 2 beg dgn bakul isi flask n bekas air sambil dukung adik. Sambil tu pimpin kakak. Yang kakak ni kejap kejap nak tolong bawak bakul pastu kejap berhenti. Aku nak cepat sbb angin dekat parking lot tu kuat and adik pulak tengah selsema n batuk....haii anak aku ni time ni la jugak dia nak main. Tapi nasib baik kali ni dia dengar kata aku kene cepat masuk lift sbb brg byk tak larat nak angkat lelama.
Sampai kat rumah aku terus letak adik bagi dia makan ubat. Kakak pun aku bagi makan ubat juga. Sejak jerebu ari tu tak baik baik batuk diaorg. Kadang kadang aku terfikir kenapa la tak baik lagi dah macam macam aku buat. Bg ubat sudah, bagi vitamin pun sudah. Doctor ckp sebab aku ada keturunan asthma so sebab tu la anak anak aku senang kene batuk. Haii...kali ni aku bagi anak aku makan b-young. Tawakkal jer la. Sejak aku mkn b-young aku susah nak kene demam atau batuk so aku try la bagi anak anak aku. Kalau mak aku tahu mesti dia marah sbb mak aku ni jenis tak suka makan ubat hehehe....
Bila dah makan ubat yg kakak ni mula la buat "bisnes" sambil bagitahu pd aku "mama kakak berak" alamak...yg adik pulak dah cemik cemik nak minta disusukan. Terpaksa la aku berdiplomasi. aku cakap kakak tunggu kejap mama susukan adik, nanti mama basuhkan kakak yea. Adik yg masih menyusu badan pun terdiam la, tak lama lepas tu dia pun tido. Kesempatan yg ada aku buat utk mandikan kakak terus. tapi si kakak ni pulak sibuk nak mandi kat bilik air belakang. Terjerit-jerit mintak aku bukakan pintu bilik air. Bila aku dah buka pintu dia bole lari sambil berbogel ke bilik air belakang. Rupanya dia suka mandi pakai gayung. Aku mandikan dia sepantas yang bole sbb aku tanak nanti kalau adik buka mata dia tak nampak kami dia akan menangis.
Bila dah siap mandikan kakak aku pun pakaikan dia pampers. Aku nak toilet train kan kakak tapi tak de masa lagi. Org yg dtg rumah aku tanya kenapa tak trainkan kakak sebab dia dah 2 thn lebih. Aku cakap nanti la. Bukan tak nak tapi mmg skrg ni aku kelam kabut lagi. Orang hanya boleh tanya kenapa itu ini tapi yang buat semuanya aku.
Adik cuma tido untuk seketika sahaja sebab dengar suara kakak yg menjerit jerit. kakak ni sekarang suka menjerit. Aku rasa dia sengaja menjerit untuk minta perhatian sejak adik lahir. Dia rasa dia kurang dapat perhatian daripada aku. Adik pulak sekarang tengah sibuk nak meniarap. Bila dia letih dia akan menangis. Adik kalau menangis dia la champion. Bak kata miza(jiran sebelah)"takut dengar adik menangis"
Lepas maghrib kakak cakap pada aku dia lapar. Hmmm kalau aku tahu babah balik selewat ini aku dah masak dari tadi. Aku bukan tak nak masak tapi kalau aku masak, selalunya waktu aku masak, kakak akan buli adik. Bukan aku manjakan adik tapi adik baru 3 bln nak melawan pun tak pandai lagi. Pernah sekali dia pukul kepala adik yang membuatkan aku terjerit. Tapi tak per la aku pun bagi dia makan biskut dan susu dulu. Babah call tapi aku tak sempat nak angkat sbb aku tgh menyusukan adik lagi. Dekat pukul 9 baru dia tiba di rumah. Aku terus hidangkan makanan yg dia bawa utk kakak. Kesian kakak, dia makan dengan berselera. Lepas babah balik baru la aku bole menarik nafas lega sbb dia pulak bole melayan kerenah kakak. Aku boleh focus pada adik. Ringan sikit kerja aku. Kadang kadang aku terfikir mcm mana la suri rumah tu boleh handle anak ramai ramai sedangkan aku yg 2 org ni pun tak terlayan. Balik kerja nak buat kerja rumah lagi lepas tu nak layan kerenah anak lagi. Nak hire maid pulak babah tak setuju sebab ...byk alasan dia kalau aku senaraikan di sini tak tersenarai.
Bila bercakap pasal anak anak ni aku rasa 2 org cukup la untuk aku sbb bagi aku kalau anak ramai pun tapi kalau sorang pun tak menjadi tak guna juga. Biar la sedikit pun tapi berkualiti. tapi...pilihan di tangan masing masing. Kalau rasa diri mampu carry on.
<< Home