Friday, December 29, 2006

A trip to Tiara Beach Resort

Last weekend aku bawak the whole family termasuk my dad, mom and siblings, anak2 buah termasuk mak sedara aku sorang to Tiara Beach Resort. Aku book dua apartment with 2 rooms each. Bole request extra matresses lagi. Itu jer la so far yang mampu. Nak sponsor trip yg lebih mahal tunggu lain kali ye. Kalau ada rezeki lebih bole la kita pergi tempat yang lebih best. Selalunya aku sponsor pegi company resort tapi kali ni nak try tempat lain pulak. Punya la ramai manusia sampai nak check-in pun kene amik nombor. Tak pernah aku check-in kaedah cam ni sebab macam kat klinik or bank la pulak. But understood la cuti sekolahkan. Aku jarang pergi bercuti time cuti sekolah so tak pernah encounter dengan keadaan macam ni.

Overall kalau nak pergi Tiara ni bawak family mmg recommended la. Tempat dia selesa. Pool pun besar. One thing dia man made beach. So kalau nak rasa menghirup udara masin air laut tu tak dapek nak nolong la. Ekau poie kek dopan nun. Lintas jalan sket.

Malam tu hubby aku n the big boys semua pegi berkaraoke. Aku book utk depa sejam jer from 10-11 tapi sebab dtg lambat dpt ler 11-12. Since tak de org diaorg ni santak nyanyi sampai pukul 1. So the next day tu pulak aku mintak yg para bapa ni jaga anak2 sebab aku dan kakak aku pergi berspa. Buat urutan aromatherapy. Huii syok betul. Buat foot bath and eye pillow la bagai. Dah lama tak bermanja manjakan diri rasa best plak dapat relax sambil org urut.

Adik masuk pool jer suka bagai nak rak. Contrast with her big sister. Dah pakai bikini tali halus tu boleh jadi model plak kat tepi kolam. Tak nak masuk kolam langsung. Alasan dia ada shark kat dalam air. Mana dia dapat citer tah. Puas aku tarik, dia mengeraskan diri kat tepi tu. Bila pijak pasir bole whining plak, "Mama pasir la...geli kaki kakak." Buat aku berpk anak aku ni Paris Hilton in the making ker? Yang hubby aku punya la dengki terus dia tabur pasir lagi kat kaki kawan tu. Apa lagi menjerit la dia tetengah orang ramai. Bila jalan sket berpeluh whining lagi. Isk pelik aku. Bak kata abg aku mana datang spesis anak ko ni. Aku pun heran la. Seingat aku tak de la aku macam ni dulu. Adik pulak excited semacam. Maybe sebab tempat tu ada kids playland, kiddies pool dia pun menarik so tu yang dia excited. One thing for sure kakak memang takutkan badut. So kat situ memang bersepah sepah badut. Kalau budak lain kejar badut for the baloon, kakak will run away if she sees one.

Friday, December 22, 2006

Barang kemas

Last weekend cousin hubby aku kawen so memandangkan we all considered saudara rapat so kena la balik. Apa tu orang kata rewang? Ye la tu kot terms dia. So Saturday morning i was busy helping my MIL crushed some cashew nuts which will be added in Nasi Minyak. While doing that my MIL said that afterwards she needs me to put on the necklace that i gave her last 2 raya. I refused. Hmm aku bagi rantai tu untuk dia pakai bukannya untuk aku pakai lagipun rantai tu pesen orang tua. Tak cute OK untuk aku pakai. Aku cakap tak per la mak. Mak pakai la rantai tu. Tapi mak mentua aku ni hmm agaknya style orang tua tua ni suka kot anak menantu dia exposed with barang kemas still suruh aku pakai. Dia cakap "kosong jer apa pulak orang kata nanti". Aku ni memang malas bab bab pakai rantai, gelang, cincin bagai. Since kecik lagi bila mak aku paksa pakai, muka aku macam orang kene kawen paksa. Mak mentua aku beriya suruh aku pakai tapi aku buat seribu macam alasan sampai dia pun tak terkata apa. Ala takat nak tunjuk kat orang kampung yang aku bukan berapa nak kenal saying that "I have money and look at all my jeweleries" is so not me. Takat kalau nak simpan sebagai harta baik aku beli emas jongkong. Mungkin ramai tak sependapat dengan aku tapi aku memang tak suka pakai barang kemas. Kalau setakat satu dua yang kecik tu ok la tapi kalau godang macam rantai basikal tu hmm payah sket orang cam aku ni nak put it on.

Wednesday, December 13, 2006

Lawatan Ke Zoo

Last Monday which was public holiday for Selangor, i brought my kids to the zoo. Early morning aku dah bangun masak (macam tak caya jer aku masak pepagi buta). Packed everything and off we go. Sampai kat zoo hubby aku beratur untuk beli tiket and we all tunggu kat pintu depan tu. Adik dah excited nak masuk. Tak sabar sabar nak tgk elephant. Once dah masuk aku belikan topi sebab topi diaorg tertinggal kat rumah. The first animal we saw were girrafes. Kakak tak nak tengok sebab besar sangat agaknya. I had to convince her that it is not harmful. Adik was very excited. Dia excited nak naik pony. Tapi malangnya pony tu sakit kaki. Kesian adik. Aku bawak diaorang round satu zoo tu jalan kaki. We didn't even bring the pram. Aku memang sengaja nak bagi diaorg exercise. Yang paling adik excited bila pergi section ikan. Terlompat lompat dia tapi kakak siap tutup muka dengan topi. I think dia takut sebab ingat masa pergi aquaria dulu ikan besar besar dalam aquarium. We all sempat stop for lunch. Ramai jugak orang berpicnic dalam zoo ni tak sangka pulak aku. Yang bestnya bawak budak budak ni pergi zoo bila tengok air muka diaorg excited tgk segala binatang dlm zoo. Priceless. Kalau dah besar bagak pergi zoo selalu macam tak de perasaan jer la.

Monday, December 04, 2006

"Failure is not the worst thing in the world. The very worst thing is not to try."

Aku dapat quote ni drp one of motivational sites kat internet. Don't know who quoted it first but i think ayat ni seolah olah memberi aku semangat untuk teruskan niat aku untuk cuba nasib di tempat baru. Lately i've been mocked by my collegues for keep going in and out of the big boss's room just to tender my resignation. I don't know what happened to me but everytime after i left his room i would cancel my resignation or application for transfer. Senang kene saiko agaknya aku ni. Jiwa lembut bak kata opismate aku sorang tu. Hampeh betul. But this time oh tidak. I have to be strong. Strong enough not to fall for his words anymore. Lesson learned, never reveal the company that u are going to work for to your current boss. He will tricked you into things that you could not imagine. Never listen to any of his bluff if there is no black and white in front. If there is, think twice whether it is sufficient or good enough.

To make a decision whether to go or not really keeps me wide awake at night for the past few days. I keep on thinking whether i can adapt with the new culture where the Jap and other races are there, since i've been working with one race for all my life, well most of it la. One or two doesn't count as majority.

So kali ni aku nekad. Now i know why offer yang lepas tu aku rasa macam susah jer nak accept. I got a better one. There is one statement, aku tak ingat la ayat penuh dia tapi bunyi dia lebih kurang gini la... "Bila kita berdoa kadang kadang kita tak dapat apa yang kita hajati waktu itu tapi lambat laun allah penuhi dengan memberi yang lebih baik". Well the exact words are not like that definitely tapi maksud dia lebih kurangnya kadang kadang kita sendiri tak pasti apa yang kita nak tapi petunjuk dari allah memberi kita ruang untuk membuat keputusan yang sewajarnya dan bila kita dah bersedia allah memberi kita rezeki yang lebih baik yang kita sendiri tak sangka sangka. Yang pastinya Allah Maha mengetahui.