Thursday, November 30, 2006

Quality Assurance

I'd like to share something which i got from one of SQA article. For me it is very interesting view.

* “When software projects fail, it’s usually because a manager didn’t insist that the work be done the right way.” [15]

* SQA isn’t responsible for the quality of your software – Development is.

* To change the quality of your software, you need to change the process used to create it.

Wednesday, November 29, 2006

Interview lagi....

Dah lama sangat tak update. Actually i just came back from an interview. Hehe..interview lagi (Bak kata my sis pun tak habis habis dia ni pegi interview). This time the interview was different. I was interviewed by 2 Japanese and 1 chinese. I can understand what the chinese said but i couldn't understand one of the Japanese said. He mumbled. Yang kelakarnya lain ditanya lain yang aku jawab. Yang lagi sorang tu ok jer english dia. Being interviewed by Japanese is totaly new experience for me. Sometimes it occured to my mind that i'm turning into one of my friends - Din whose one of his hobby is "attend interview". People might ask why i still go to the interview even though i did say that i've fed up with it but what the heck, I meet new people, I develop new communication skill and it gives me new perspective. At least it gives me some info of what are the "in thing" so that i can catch up and learn new skill.

Lagi satu interview dengan Japanese ni lama betul sebab sejam setengah dalam bilik tu aku kene bercakap. Sedar sedar jer dah pukul 6.45, sabor jer la.

Wednesday, November 15, 2006

Upgrade version

Aku attend briefing upgrading CMMI. CMMI pun ada version upgrade hehehe... Banyak jugak yang menarik dalam upgrade version ni. Yang paling menarik bagi aku diaorg ada tambah satu practise yang aku rasa bersesuaian sangat dgn company aku ni. Diaorg tambah work environment punya SP. Meaning to say working environment company tu mesti la conducive. Lightings perlu mengikut standard, susun atur kerusi meja dan kekemasan bagai la. Aku dah boleh gambarkan meja aku sekarang macam mana hehe. Kalau tak comply mahu tak leh dapat rating. Bila pk pk balik banyaknya perubahan perlu dibuat bukan setakat document and source codes jer kene proper.

Masa attend briefing tu ada jugak jumpa member member classmate masa buat level 2 dulu. Dok bertukar tukar cerita. Ada yang dah lepas appraisal, ramai jugak yang still kene hold sebab staff ramai yang bertukar so tak de sapa nak handle. In fact ada yang ceo company tu sendiri dah resign. Nasib baik la we all dah settle kalau tak dok la termimpi mimpikan PIID tu. Hmm next year i have a journey towards level 3 pulak. I can imagine the workload but i don't know how i'm going to struggle sebab level 3 lebih mencabar. Even level 2 ni pun dok menggagahkan diri. I hope masa appraisal for level 3 tak de lagi orang yang jawab contradict dengan evidence yang ada.

Tuesday, November 14, 2006

Offer Letter - part II

Kalau orang lain mesti dah gelakkan aku. Mesti ada yang kata aku bodoh sebab tak jadi accept offer tu tapi biarlah apa orang nak kata. Hakikatnya hanya aku yang tahu. Bukan mudah aku nak buat keputusan ni. Walaupun peluang tak datang berkali kali tapi aku terpaksa lepaskan peluang ini. Pada mulanya memang aku dah buat keputusan nak terjun ke alam lain yang sememangnya mencabar tapi bila aku ingatkan balik aku ada anak anak yang masih kecil. What happen if something happen within a year or two? Walaupun ada orang kata risk is subjective tapi risk yang ada depan mata aku ni terlalu besar dan aku rasa aku belum cukup berani untuk hadapinya. So i decided to stay. Stay with my current company and make the best out of it.

Thursday, November 09, 2006

Kunjungan Berhari Raya

Selalunya masa hari raya ni la kita busy kunjung mengunjung sanak saudara. So aku pun tak ketinggalan la jugak. Tahun ni aku memang tak buat open house walaupun mulanya teringin nak buat tapi mengenangkan open house ni macam jadi trend untuk tetamu tak nak datang selepas berakhirnya acara tu so aku cancel. Lagipun masa open house selalunya tak sempat nak borak borak ngan member member. So apa yang aku buat tahun ni sesiapa yang nak datang, datang jer la. Rumah aku sentiasa open untuk tetamu yang nak beraya. Tapi inform la dulu kalau nak datang sebab kalau tak inform harus makan kuih raya jer. Kalau inform sempat la aku hidangkan apa apa yang patut. Kalau inform lama sempat la aku masak nasi, kalau inform kejap jer, aku goreng mee jer la yea.

Cerita pasal kunjung mengunjung ada member sekolah aku yang dah lama aku tak jumpa. Dia called aku ari tu kata nak datang. Aku ok jer. So aku pun sempat la masakkan kuah spaghetti untuk dia. Bila dia sampai aku dah siapkan sekali satay, fruit punch and drummet untuk dia sekeluarga. Lepas makan, aku borak ngan dia sampai pukul 11 mlm. Borak tak ingat dunia we all ni. Ye la ni classmate aku masa sekolah dulu. Since husband aku dulu pun kawan dia so we all ni rancak ler bercerita. Yang kelakarnya lepas isyak husband member aku dengan pakai kain pelikat lepak depan tv sambil baring kat sofa aku. Punya la lama tunggu we all borak sambil dia tertido. Last last member aku tanya husband dia nak balik ke tak tapi husband dia kata tido jer la rumah aku sebab ada antara anak anak dia yang dah tido. Since dia dah decide gitu, aku pun kemaskan bilik then sambung borak lagi dengan member aku sampai pagi. Esok pagi pagi lepas subuh member aku balik. Lepas breakfast aku sambung tido. Dah bangun siapkan anak anak pastu pegi lunch rumah member aku tu pulak. Sambung borak lagi sampai petang. Nasib baik la esoknya tu keje kalau tidak mahu aku pulak tido rumah member tu.

Wednesday, November 08, 2006

Offer Letter

I got a call from "the" company. Orang tu inform offer letter dah siap and tanya nak datang ambil or nak dihantar melalui pos. Hmm since i had BAD experience with POSLAJU, it is a BIG NO NO for me to choose that option. So right after that aku pun terus ambil kunci kereta then bersiap nak keluar kejap. Aku inform one of my collegues kat situ nak kuar gi "the" company untuk collect offer letter. Tetiba tak perasan Hamba Allah tu berada di hadapan aku tapi aku tak nampak dia sebab dia sedang tunduk sambil tulis something kat meja depan tu. Argghhhh...for sure dia dengar punya la. Hmm tapi aku malas nak ambil port. Lantak ler dengar atau tak that is none of my concern. Member aku cakap dia tak sempat nak bagi signal kat aku, aku dah bersuara tapi tak per la...so i ran out and collect my offer letter. Hmm frankly speaking mmg aku excited nak tengok. So aku pun belek belek kat dlm kereta tapi sebab dalam kereta panas aku pun naik atas. Bila kat opis aku lepak jap tempat member. Bila dah ramai kerumun aku terus blah tempat aku. Belek lagi offer letter tu. Member aku datang nak tengok, since sorang jer aku pun bagi dia tengok sama. Sambil aku belek punya belek tetiba aku perasan ada satu objek kat belakang aku. Rupa rupanya encik M di belakang aku. Astaghfirullahalaziim...terkejut besar aku. Aku tak tahu berapa lama dia duduk belakang aku. He asked me whether that is the offer letter. Maybe dia ingat selama ni aku dok memain jer nak leave this company. Beriya dia nak baca offer letter tu tapi aku tak bagi. Pastu dah fedup agaknya dia pun blah and asked me whether i'm accepting or not. Masa tu terus jer aku jawab yes walaupun aku tak decide lagi sebenarnya. Ntah apasal aku cakap camtu pun tatau. Maybe saje nak buat lawak but the truth is at that moment i still don't have the answer. But today i think i've got the answer and maybe this IS the answer to my prayers. Alhamdulillah....

Tercalar sudah.....

Alamak...keretaku sudah tercalar. Apalagi pot pet pot pet la hubby aku. Hmm aku pun tak tahu kat mana bole dapat calar tu. Tetiba jer perasan bila nak balik dr Jusco. Aku tak sure dapat kat mana sama ada dapat masa parking kat opis or masa parking kat Jusco itself. Hubby aku dok la berleter from Jusco sampai ke rumah aku. Mana la aku tahu sapa yang buat. Lagipun ada ke orang nak mengaku calarkan kereta aku betul tak. Dah sah sah dia lari lepas buat tu. Besar lak tu calar yang dia buat. Jahat sungguh orang itu.

Thursday, November 02, 2006

I'm back with new handphone....

Hmm days without handphone are like....s***. Susah betul berkomunikasi tanpa handphone. All phone numbers are there so without it memang haru biru kejap. Nak hantar msg pun tak bole and nak terima msg lagi ler. So semalam aku nekad jer pegi beli. Itu pun the cheapest di pasaran and the most tak funky langsung. Features extra yang ada cuma loudspeaker and MMS. Itu pun dah berapa $$$. Ala janji aku bole make call and recieve call. Yang lain lain tak penting. Camera bagai semua tak penting since aku dah ada digicam.

One thing yang aku terasa tak de handphone ni bila orang nak confirm anything ngan aku hehe. Aku baru dapat job offer. Nasib baik la minah tu call opis aku and nasib baik aku letak sekali my office number. Dia kata dia dah tinggalkan msg days and almost give up. Phew....nasib baik. Hmm about the offer, aku excited and at the same time nervous gak. Can i get out of the comfort zone which i'm in now? Tak sure lagi..still pk and pk and pk lagi.