Kunjungan Berhari Raya
Selalunya masa hari raya ni la kita busy kunjung mengunjung sanak saudara. So aku pun tak ketinggalan la jugak. Tahun ni aku memang tak buat open house walaupun mulanya teringin nak buat tapi mengenangkan open house ni macam jadi trend untuk tetamu tak nak datang selepas berakhirnya acara tu so aku cancel. Lagipun masa open house selalunya tak sempat nak borak borak ngan member member. So apa yang aku buat tahun ni sesiapa yang nak datang, datang jer la. Rumah aku sentiasa open untuk tetamu yang nak beraya. Tapi inform la dulu kalau nak datang sebab kalau tak inform harus makan kuih raya jer. Kalau inform sempat la aku hidangkan apa apa yang patut. Kalau inform lama sempat la aku masak nasi, kalau inform kejap jer, aku goreng mee jer la yea.
Cerita pasal kunjung mengunjung ada member sekolah aku yang dah lama aku tak jumpa. Dia called aku ari tu kata nak datang. Aku ok jer. So aku pun sempat la masakkan kuah spaghetti untuk dia. Bila dia sampai aku dah siapkan sekali satay, fruit punch and drummet untuk dia sekeluarga. Lepas makan, aku borak ngan dia sampai pukul 11 mlm. Borak tak ingat dunia we all ni. Ye la ni classmate aku masa sekolah dulu. Since husband aku dulu pun kawan dia so we all ni rancak ler bercerita. Yang kelakarnya lepas isyak husband member aku dengan pakai kain pelikat lepak depan tv sambil baring kat sofa aku. Punya la lama tunggu we all borak sambil dia tertido. Last last member aku tanya husband dia nak balik ke tak tapi husband dia kata tido jer la rumah aku sebab ada antara anak anak dia yang dah tido. Since dia dah decide gitu, aku pun kemaskan bilik then sambung borak lagi dengan member aku sampai pagi. Esok pagi pagi lepas subuh member aku balik. Lepas breakfast aku sambung tido. Dah bangun siapkan anak anak pastu pegi lunch rumah member aku tu pulak. Sambung borak lagi sampai petang. Nasib baik la esoknya tu keje kalau tidak mahu aku pulak tido rumah member tu.
<< Home