1st day at work...(after raya)
Hari ni rasa cam aku sorang jer pompuan yg dtg keje kat opis aku ni. Senyap sunyi jer opis ni. Kalau ikutkan hati nak jer sambung cuti tapi ada audit la pulak Khamis ni. Isk.
Masa balik kampung ari tu alhamdulillah tak jem sebab aku bertolak dr rumah pukul 9.30 pagi. Balik dari kampung ke rumah pun tak jem jugak. Aku maleh betul kalau jem ni sebab nanti anak aku boring duduk dalam kereta lama sangat.
Smlm aku cuti sebab nak kemas rumah. Rumah aku memang bersepah gile. So aku pun hantar kakak and adik gi nursery then pegi Tabung Haji sat untuk masukkan duit raya diaorg. Banyak gak diaorg ni dapat. Time aku dulu tak merasa banyak ni. Kalau dapat 100 tu dah cukup marvellous. Balik rumah aku pun start projek "spring cleaning" hehehe. Orang dah raya aku baru sibuk nak gantung langsir yg baru keluar kedai dobi. Tahun ni aku tak buat langsir baru. Langsir yg mak aku hadiahkan sempena house warming aku ni still elok lagi. Aku ni bab menghias rumah fail sket compared to my sisters. Aku bukan apa, tak minat sangat bab hias rumah kalau masak best sket. Hias menghias ni bukan talent aku la.
So back to my kemas rumah tadi tu, tengah tengah kemas ada orang bagi salam. Aku ingat rumah depan tapi bila pk balik depan aku tu rumah cina. So aku pun bukak pintu then nampak budak budak datang beraya. Ala...rumah aku macam tongkang pecah. Aku pun slow talk ngan bebudak ni "Rumah auntie bersepah lagi la, auntie baru je balik dr kampung. Nak duit raya tak?" Bebudak tu angguk so aku pun bukak beg aku sesatu cari kat mana hubby aku letak duit raya yg memang we all spare kan untuk kids. Tak jumpa pulak kat mana terpaksa la call hubby aku kat tpt keje dia tanya kat mana dia letak duit raya. Lepas bagi duit raya tu aku pun sambung balik kemas rumah.
Seharian aku mengemas. Lepas tu sempat g Carrefour shopping groceries. In case org dtg tergempar tak bagitau, at least aku ada simpan bihun, drummet untuk digoreng. Ye la time time raya ni takkan aku nak hidang kuih raya jer. Nak cari rumah aku jer pusing keliling, by the time sampai org pun dah lapar so drp tak ada apa nak dihidang at least ada jugak bihun goreng aku. Aku ingat nak masak sket kuah kacang tapi since tahun ni aku kene berpantang makan benda benda yg menggatalkan ni so kensel la ini tahun. Allergy beb, tak leh nak buat apa.
Susah susah sangat aku order jer la kat Hj Samuri ngan satay sekali dia bole bagi hehehe.
<< Home