Sim 2
Aku baru pinjam installer Sim 2 kat member. Last weekend aku install and memula tu cuma nak tgk2 jer apa kelainannya dengan Sim yg dulu. Best! Kali ni rasa real sket main Sim..hehehe... Aku start main Sim masa tahun 2000 dulu. Masa tu baru lepas habis buat projek and tak de keje nak buat. Sambil sambil tunggu untuk project baru aku pun start main Sim ni. Syok jugak. Tapi lepas dah dapat anak hidup aku makin sibuk dan tak de masa nak main. Setakat main game ringan ringan aje ada ler. Tapi last week pegi open house rumah member tgk ada installer Sim 2 aku pun apalagi pinjam nak try. Sekali dah try syok plak. So smlm masa semua org tido aku pun main Sim 2. Menarik giler. Aku rasa nak upgrade sket la PC aku ni.
Aku belum habis explore Sim 2 ni sebab ye la aku bukan cam dulu bole main game berjam jam lamanya. Sekarang aku ada tanggungjawab, kene masak untuk hubby and anak. Kena buat itu ini and macam macam la. So tak per lepas ni kalau ada free time aku main lagi Sim tu..hehe..
Aku pernah discuss ngan hubby aku pasal org tua2 yg dah pencen tak tahu nak buat apa asyik nak ngutuk orang muda jer kejenya. So aku pun cakap sebab diaorg ni tak de hobi and bila pencen tak de keje nak buat mula la boring and mengutuk jer kejenya. Itu ini semua salah. So hubby aku tanya kalau aku dah tua nanti kalau tak de keje nak buat apa?(Sebab dia tak nak aku end up jadi org tua yg suka membebel) Aku pun jawab la, apa kelas jadi cam tu baik main game. Join anak cucu main game hehehe... Terkujat hubby aku sampai keluar ler kata, weh, rumah kata pergi kubur kata mari bawak bawak ler mengaji hehehe.. Oops! Wrong answer. Pedasnya ayat....
Anyway minat aku pada PC games memang tak pernah padam. Aku memang suka game cuma lately ni tak de masa sebab byk masa diperuntukkan untuk perkara lain. Tapi game yg aku minat selalunya tak boleh dikongsi dengan adik beradik aku sebab aku suka game cam Theme Hospital, SimCity, Sim, Monkey Island, Full Throttle, Stronghold dan sespesis dengannya which bagi diaorg cam pelik. Game lain aku main gak cuma kalau dapat game yg jenis yang aku suka, aku akan spend time lama gila.
Tapi bila umur makin meningkat ni banyak perkara lain perlu didahulukan so hobi aku yg satu ni perlu diketepikan sekejap. Lain la masa study dulu masa banyak and boleh explore macam jenis game yg ada kat pasaran sekarang ni kena tunggu recommendation orang jer la. Well, first thing first.
<< Home