Man msg aku satu pagi tu. Aku ingat apasal tetiba mamat ni rupanya tanya bila aku nak update. Hmm mmg tak sempat nak update la cik abang oii.... Balik kerja dah la lambat pastu otak pun dah penat. Hari ni jer aku dapat balik cepat sebab aku dah siapkan kerja then balik awal. Lagipun big boss balik Jepun nak celebrate hari kebesaran diaorg.
Kali ni cuti lama sket tapi aku tak plan nak balik kampung pun sebab nak rehat kat rumah jer. Last two weeks was a very hectic week to me. Mau tidak semua orang demam except for me. Starting with my hubby. Demam tak kebah kebah. Malam tu aku bawak dia pergi Hospital P***** kat Melaka sebab dia demam teruk tapi MO tu ntah hapa hapa jawab tak best. Rasa rugi bayar kat dia sebab jawapan macam budak baru habis belajar. Aku memang teramat bosan kalau dapat doc yang menjawab soalan dengan tidak menunjukkan tahap profesionalisme. Kalau doc gomen bole faham lagi sebab bayaran murah tapi ni doc swasta. Sendiri bayar lak tu. Mahu jer aku hempuk doc ni.
Pastu followed with my two daughters demam. Masa tu aku dah balik rumah. Parents aku datang rumah aku dengan harapan nak tolong aku jaga 3 orang yg dah flat sekali tu diaorg pun turut demam. End up aku terpaksa ke klinik lebih 3 kali membawa orang oprang sakit ini. Bukan ler mengeluh tapi lawak pun ada. Condition anak aku dah makin teruk nak tak nak aku call Insurans agent tanya kat aman panel diaorg so the nearest is Sentosa Kajang. Ok la aku pun bawak la diaorg pergi sana. Ambil blood sample and kakak was positively infected with dengue. Nasib baik adik tak kena. Doc cakap kadang kadang virus tu tak cukup untuk infected dia so dia cuma demam but her blood show presence of virus. Aku pun berkampung selama 5 hari 4 mlm. Memang setiap tahun aku akan menjaga anak sakit di hospital tapi kali ni sampai 2 orang sekaligus. Hubby aku pulak kejap demam kejap baik. Buat blood test mmg platelet turun tapi within the range lagi la. Everyday test darah.
Now they are in a good condition. Alhamdulillah. Letih betul rasanya sebab bila kuar hospital jer esoknya aku kene pegi kerja. Banyak kerja tertunggak. Kalau ikutkan hati memang tak larat rasanya tapi sabor je la...
<< Home