Kisah si Adik
Adik memang lain daripada kakak. Baik dari segi personaliti mahu pun dari segi fizikal. Kakak grow vertically adik pulak grows horizontally. Kalau orang lain keluar dr hospital akan berkurang berat badan tapi adik tidak terjejas beratnya. Maintain gitu. Pernah sekali aku dah orderkan dia spaghetti. Adik dan kakak share the same spaghetti. Kakak bila dah makan terus rasa kenyang tapi adik bole mintak nasi lagi. On the way back home aku beli bun untuk breakfast esok, adik dah tenang-tenang bun tersebut. Aku cakap nanti kat rumah. Bila sampai rumah ingatkan dah lupa tapi rupanya tidak. Terus menagih janji. After had some bite she asked for roti pong pulak. Lepas makan roti pong mintak susu pulak. Terperanjat aku dengan capacity perut dia. Patut ler different berat dia dengan kakak cuma 3 kilo jer. Aku pernah nak sekat dia makan tapi doctor cakap jangan disekat sebab lemak yang terbentuk tu berkaitan dengan pembentukan otak dia untuk waktu sekarang.
Adik ni bole tahan pandai bagi komen. Pernah sekali tu dia argue dengan kakak pasal tol. Aku yang tengah drive masa tu nak tergelak pun ada sebab bayangkan budak 2 tahun mengomel pasal tol. Antara ayat dia "Asyik asyik nak kene bayar. Apa la." Kakak pulak bole jawab, "Ala kita bayar jer la. Kalau tak bayar nanti dia nangis." Tapi aku rasa mesti dia heran sebab tak nampak barangan yang dapat selepas buat bayaran. Tu yang dia wonder kot. Kalau nak pakai baju pulak pandai demand. Nak pakai kaftan la, baju kurung la, macam macam anak dara aku yang sorang ni.
Adik ni satu perangai dia kalau dia tak suka orang kiss atau peluk dia, dengan selamba je dia bole sound orang tu busuk. Laser sungguh minah sorang ni. Tak kira la orang tua ke muda ker semua habis dia belasah cakap busuk kalau dia tak suka orang tu do something kat dia. Kalau with strangers she will just keep quiet. If you ask her why didn't she say something, she'll respond, "Adik malu." One thing she will remain calm or sometimes tak nak tengok orang langsung kalau jumpa orang yang dia jarang jumpa. Unless kalau dah biasa tu habis semua belang dia tunjuk.
<< Home