Monday, February 26, 2007

Lama dah tak menjengah ruang ni. Sejak cuti aku busy tak lekat kat rumah. Pergi jemput parents kat kampung la, hantar orang ke airport la, shopping la. Sebelum bercuti aku sempat luangkan masa jumpa Big boss. Ingatkan nak jumpa sekejap sekali tu lama jugak la. Almost 2 hours. Dengar amanat dia yang terakhir. Few days before that my immediate superior jumpa. Dia kata mungkin tak sempat nak jumpa aku last day nanti. So he handed me something. I thought it was something from the company but he said from him. Kata kata terahir tu kira syahdu la jugak kalau orang lain dengar tapi aku masa tu tak de perasaan. Entah la aku ni kekadang bila penuh perasaan tu cengeng sangat tapi bila time heartless tu bole stone jer. Maybe masa tu aku busy memikirkan mana nak letak barang barang aku yang dah lama kat opis ni selama 8 tahun, dengan buku aku la, majalah ler, surat surat yang aku tak pernah failkan. Betapa tak organize nya aku selama 8 tahun lebih. Isk kene berubah ni. After this kene buat cam member aku depan meja dulu. Makcik tu punyala organize sampai surat opis bg kat dia sume dia masuk fail. Bagus sekali.

Back to immediate boss aku tadi, he actually gave me a branded pen. Kalau ikut kata boss aku dedulu "signing pen" namanya. Hmm tak pernah aku dapat hadiah daripada boss selama aku kerja kecuali masa praktikal dulu. Tapi bila aku pk balik boss dulu kebanyakannya tinggalkan aku meaning diaorg bertukar department , takkan la dia nak bagi kat sumer org hadiahkan. Ni takat 2-3 orang belah mesti la dia bagi betul tak.

What ever it is tercapai jugak hasrat aku untuk meninggalkan company ni dengan cara baik. Alhamdulillah.

Thursday, February 08, 2007

Berkemas

Kalau sebelum ni aku tak terasa sangat nak resign bila aku hand over resignation letter aku kepada boss aku. But this time once aku dah start kemas my stuffs yg byk giler kat opis aku(mau tak byk harta selama almost 9 thn) baru aku terasa I AM LEAVING. Betul la org cakap u will never feel anything until the day. Macam sekarang ni aku dah terasa sesikit bahang perpisahan tu...uish tangkap syahdu la plak.

8 tahun 4 bulan 2 hari aku berada di company ni. Segala suka duka, pahit maung, sakit hati, suka hati semuanya aku dah lalui dalam company ni. Bertukar boss punyalah banyak kali toksah cakap la. Aku antara orang yang selalu bertukar boss. Since drp 1st family day hinggalah zaman yang ketandusan family day. Daripada setiap boss aku perolehi ilmu. Mungkin sebab aku report dekat ramai orang so aku dapat perhatikan cara setiap individu bekerja. I am not saying that i'm good tapi each and everybody has their own style so i can learn from each of them.

Mr R - Dia byk tunjuk ajar tentang exposure dunia pekerjaan. Ye la baru keluar dari Uni kan. Bak kata orang masih mentah. Boss aku ni rajin belanja anak buah. Dia ganaz tapi baik hati orangnya.

Mr Rs - Tak banyak aku kutip pengalaman daripada dia sebab tak lama sangat berbosskan dia. Cuma dia ni kalau cakap memang mulut manis.

Mr Z - Dia nampak macam tak suka cakap ngan pompuan tapi aku tumpang kereta dia. Itupun sebab aku dah tak ada option lain. Walaupun pada mulanya dia macam a bit reluctant nak tumpangkan aku tapi aku ni jenis redah jer selamba mintak dia tumpangkan aku ke meeting. One thing kalau dia nak suruh aku buat sesuatu dia akan round untuk pastikan aku memang free masa tu.

Mr Rt - Dia immediate superior aku. Hmm used to be my collegue tp bila jadi boss aku, garang bukan main. Tapi aku enjoy la keje ngan dia sebab selamba bole kutuk kalau tak reti. Dia kutuk aku ler yg lebih of coz. Maybe cara kutukan dia tu buat aku lebih berani and tahan pressure lepas tu. Tu tak masuk lagi dengan client punya kutukan.

Mrs R - Hmm dia jadi boss aku tak lama. Cuma sebulan dua jer kot tapi aku belajar sesuatu daripada dia ni. Belajar untuk tidak menjadi seperti dia.

Mr SN - Dia banyak bagi cara bekerja di MNC. Maybe sebab dia pernah bekerja di salah sebuah MNC terkemuka so dia byk bg tips kat aku.

Mr S - Dia pernah kutuk aku buat report tak best. Tak bagi information kat dia. Technical jer lebih tapi ntah apa apa dia tak paham satu bende. Dia pernah gelakkan aku dalam meeting. Maybe sebab aku kuli present depan orang "experienced" macam dia.

Mr A - He is a very demanding boss. I learned from him how to make a good report. He gave me a lot of responsibilities which at first aku rasa tak tertanggung untuk aku yang pangkat kuli jer. But i take it as a challenge and i managed to gain some knowledge. Tapi lately aku rasa dia suka taichi la.

Mr Big Boss - 1st time aku kene present report kat dia menggelabah jugak la. Dia pulak jenis suka sergah orang. Nasib baik tak tergagap aku cakap depan dia. Tapi sekarang ni aku tak kisah.

Ini antara pengalaman yang aku kutip semasa bekerja bersama boss.