Wednesday, December 07, 2005

Redha

Sedalam mana konsep redha tu yea? Kadang kadang aku terpk setakat mana atau sejauh mana kita bole redha terhadap sesuatu. Contohnya adakah kita redha bila kawan kita dengan senang hatinya bercuti dan meninggalkan kerja kerjanya pada kita yang macam nak rak siapkan untuk meet the deadlines. Adakah kita redha bila hasil kerja kita dicuri oleh orang lain dan selepas itu dia mendapat hasil daripada hasil yang dicurinya sedangkan kita ni berhempas pulas memerah otak untuk mendapatkan idea sehabis baik. Juga adakah kita redha jika orang kesayangan kita semasa susah hidup bersama kita tapi bila dah senang dirampas orang lain dan kesenangan itu tak pernah dapat kita kecapi.

Bila topik ni aku utarakan pada few of my friends, ada yang sekadar berkata, ala redha jer la...ko nak buat macam mana. Dah ditakdirkan macam tu. Memang takdir kita tak boleh nak lawan tapi patutkah kita redha aje dengan malang yang menimpa?