A loss....
Kali ni masuk kali ke-2 aku terbaring atas operating table. Eh apa pulak 2 kali, kali ke-3 la. Tapi kalau utk procedure ni kira 2 kali la. Appendectomy tu citer lain la. Seperti biasa seram sejuk aku atas table ni. Kalau sebelum sebelum ni aku dipindahkan dari katil lain ke table ni tapi kali ni aku sendiri panjat naik.
Dah ler pakai baju spital yg seksi, nipis lak tu tak dapat tahan dari kesejukan bilik yg ber-aircond ni. Sekali tetiba dtg sorang laki introduce himself as pakar bius. Nampak gaya macam hebat -- ayat dipetik daripada anak aku yang kecik yang dah pandai cakap "Sungguh hebat org itu." Apa yang dia tengok macam best jer sume dia kata hebat.
Ok back to the pakar bius, gaya mmg hebat, terang kat aku satu persatu. Tapi satu bende yang aku tak leh terima, dia silap sebut nama aku. Salah patient ke dia ni. Cuak wei. Karang salah bagi bius utk aku lak mamat ni. Procedure cuma 15 minit, dia bius aku utk berjam jam, ada yang tak bangun aku karang. Tapi pastu dia minta maaf kesilapan dia. So aku pun dalam hati tawakkal jer la. Doctor tu plak suruh aku mengucap. Walaupun dah 3 kali aku lalui bende ni tapi still cuak tu ada. Lepas aku mengucap, aku dah tak ingat apa apa. Seingat aku ada org panggil nama aku berkali kali kejutkan aku bangun.
This time punya incident aku syahdu lebih sket compared to the previous miscarriage. Kalau dulu lebih sakit tapi dari segi emosi aku kurang sket berbanding kali ni. Orang tanya aku jer mula la berderai air mata ni. Sampai org kat kaunter tu tanya masa aku nak bayar, ni anak 1st ker. Aku hanya mampu menggeleng. Tak terkata apa. Mungkin deep down inside aku berharap this will be my last pregnancy. Mungkin...aku pun tak sure.
Aku pun harap this will be the last time aku terbaring kat atas OT.