Sunday, March 05, 2006

Perkahwinan di hotel

Baru baru ni aku terima satu jemputan perkahwinan dia salah sebuah hotel terkemuka di Malaysia. Kad jemputannya bukan main cantik lagi pada pandangan mata aku. Ye lah masa aku kahwin almost 6 years ago tak macam ni punya cantik kadnya, itu pun sponsored by one of my uncles(so tak leh nak demand lelebih la yea.)

Walaupun kad jemputannya cantik tapi aku berat hati nak menghadiri majlis tu. Bukan tak suka dengan pengantinnya atau kaum keluarganya, yang kahwin tu pun bukan orang lain dengan aku, sepupu lagi tapi yang membuatkan aku berat hati nak pergi sebab ada pulak syarat "Tak boleh bawa kanak-kanak" Ni yang buat aku 99% tak nak pergi. Ye lah aku bukannya ada maid nak tinggalkan anak anak di rumah. Lagipun kalau nak tinggalkan anak-anak aku di rumah makcik aku bersama maid kakak aku, rasanya payah sket. Being with a stranger in an unfamiliar place is not a good idea. Mungkin org akan mengatakan itu alasan aku aje tapi aku tak suka nak menyusahkan orang lain melainkan kalau terdesak sangat.

Syarat tak bole bawa kanak-kanak ke majlis di hotel tu biasa la. Di mana mana pun sama sahaja tapi untuk orang macam aku ni yang ada anak anak kecil rasa macam dipinggirkan tak boleh bersama sama untuk meraikan hari bahagia seseorang. Memang mereka ada sebab yang kuat untuk tidak membenarkan budak kecil di majlis tu tapi aku still rasa tak patut. Hmm still thinking....to go or not to go....