Mode: Cari Kerja Baru
Frustrated? Maybe. Bukan being emotional cuma rasa segala usaha tak dihargai. Hmm maybe emotional la kot bagi sesetengah orang. Tapi aku rasa tuduhan melampau tu tak sepatutnya aku terima. Mungkin aku tidak seterer orang harapannya but at least i made all effort to the work that i delivered. Setakat perkara kecil aku rasa tak patut seberat ini kemarahan dia pada aku. Aku bukan tak boleh ditegur, tegur la kalau aku ada buat salah sebab bagi aku teguran tu adalah key to better performance. Cuma kenapa cara teguran tu tak profesional? Some people might say, biar aje la adat dunia, kita ni mentimun. So aku ambil jalan tengah, aku pun rasa dah tak bole nak kerja dengan orang yang tak mahu appreciate usaha aku dan selalu bombart orang macam kucing nak beranak jer. I'm looking for other job. Lagipun dia pernah cakap,kalau tak bole keep up dengan dia, dipersilakan resign. Kalau aku resign bukan sebab aku tak boleh keep up dengan cara kerja dia (kalau aku tak bole keep up dengan cara kerja dia, setahun lepas aku dah saiko macam certain people)tapi aku tak bole keep up dengan tingkah lakunya. Suka menjatuhkan maruah seseorang dengan sengaja macam tak ada hati dan perasaan. Staff pun human juga. Aku tahu boss pun human dan ada kelemahan tapi menjadi boss bukannya lesen untuk menjatuhkan maruah seseorang. Bak kata Donald Trump, "It's good to be tough, but if you are too tough nobody wants to work with you."
Bukannya aku tak pernah kerja dengan boss mulut laser, lebih laser lagi pun ada tapi perangai tak de la macam ni teruk. At least respect others' feeling.
Well, if people might ask, yes i'm looking for other opportunities. Kalau sebelum ni aku tangguh dulu sebab nak habiskan CMMI sebab aku rasa kewajipan aku untuk siapkannya, but now, lantak ler buat la CMMI ni sendiri kalau aku tak de. Nak tunggang terbalik ker i don't give a damn.
<< Home