Kene tahan polis
Hari isnin lalu aku trapped in a traffic jam masa nak pegi KL office. Dah la jem giler, pastu ada pulak tetiba sorang polis ni pi tahan aku. Then dia tanya ada masuk lorong kecemasan tak tadi? Isk apa punya soalan le ni. Aku dengan selamba jawab tak de. Dah tentu tentu aku memang tak masuk lorong kecemasan. Aku pergi lane kiri pun sebab dah nak masuk simpang ke Tmn Desa tu. Takkan la nak masuk ke kiri stay kat lane tengah lagi. Pastu polis tu pun suruh aku blah. Apa la merepek polis ni? Takkan tak de procedure cara nak tahan kereta? Setakat tanya gitu gitu, kalau aku buat salah pun aku takkan ngaku. But since aku dah memang tak buat salah pun so lantak ko ler nak tahan seribu kereta sehari dengan kaedah tu.
<< Home