Permulaan baru
Sejak report duty di tempat baru aku tak berkesempatan nak update blog ni. Nak kata bz giler tu idak ler tapi memang tak sempat. Pergi early in the morning, balik plak lewat. Bukan banyak sangat kerja tapi banyak benda aku kene belajar. Ya la setiap organisasi berbeza caranya. Minggu pertama tu aku rasa tertekan jugak la. Maybe sebab aku tak biasa dengan MNC kot. Everything must be organized. Laptop perlu dikunci, kertas tidak dibenarkan bersepah di atas meja apatah lagi buku bertimbun timbun, setiap kali bangun dari workstation perlu make sure lock pc. Kerahsiaan maklumat perlu dijaga. Laptop tidak bole dibawa keluar dari premis melainkan mendapat kebenaran terlebih dahulu. Personal thumb drive tidak dibenarkan sama sekali. There are procedures to follow. Sound ganaz tapi bila aku dah start follow aku rasa ok jugak. Sekurang kurangnya ia mendisplinkan aku yang sememangnya tak organize ni. Aku tengok sekarang meja aku sentiasa kemas dan bersih...hehehe. Rasa semangat nak kerja tu pun datang.
This week plak aku tetiba dapat satu offer lagi dari company lain. Hmm gaji sememangnya menarik tapi aku ada satu masalah....aku dah enjoy dengan kerja baru aku ni. Semua facilities ada. Aku dilemma. Kalau memula dulu aku rasa macam tak best jer sebab kerja dengan bangsa asing tapi bila dah buat kerja bebetul sekarang aku rasa memang seronok. Never ever in my life aku lupa kedatangan hari jumaat. But this time i did. Aku still ingat hari Khamis and still want to go to work the next day. Kalau dulu setiap isnin jer aku dah berdoa cepat ler hari jumaat datang sebab esok boleh cuti tapi kali ni terbalik. Maybe excitement still ada lagi kot. At last aku dapat buat apa yang aku suka buat selama ni dan tidak dipandang rendah dan tidak disindir sindir lagi. Kalau dulu someone used to say quite nasty words to me and the words were, "Tak ke mana QA kamu tu." but at least i proved that i have gone somewhere and it is not just anywhere.
Back to the dilemma, maybe i'm not going there. I want to gain as much knowledge as i could so that i have a valueable experience and knowledge and who knows one day my ultimate goal will be achieved.
<< Home