Isytihar Harta
Apsal la tetiba kena isytihar harta ni??? Isk macam la banyak sangat harta aku yang nak diisytiharkan. Lain ler kalau aku ni banyak rumah sewa, tanah, cash money kat bank bla..bla....
Tapi nak tak nak kena la isytihar jugak harta aku yang tak sebanyak mana tu. Siap kene buat surat sumpah pulak tu. Ganaz betul. Tak per la...isytihar jer la harta aku yang tak sebanyak mana tu. Itu pun hutang kat bank lagi hehehe...
Ni mesti takut kes rasuah ni. Selalunya yang kes makan rasuah ni kalau ada kepentingan dalam syarikat jer. Kalau orang macam aku ni sapa pun tak ingin nak rasuah sebab tak de kepentingan langsung dalam syarikat. Aku pun bukan orang yang boleh bawak masuk tender ke apa ker. Setakat a pawn on the board. Lain la kalau aku ni queen ker ha tu yea mmg patut aku kene declare anything. Speaking of chess, aku rasa nak belajar main chess la, setakat tahu how it moves tu aku rasa semua org tahu kot. Tapi aku rasa nak belajar strategic moves la so baru bole apply in real life. Pas ni nak g beli chess board yg cokia then belajar balik la. Chess board aku yang lama tu ntah mana pegi aku campak aku pun tak ingat. Mungkin ada orang rasa aku ni dah terlalu lambat baru nak main chess, tak per la, it is never too late to start afresh. My partner in chess? hehehe of coz ler hubby aku. Who else. Kalau nak ajak anak aku skrg aku rasa ada yang dia buat main konon konon bahan masakan untuk dolls dia.
<< Home