Friday, July 28, 2006

Beli Digicam

Orang dah lama beli tapi aku baru terhegeh hegeh nak beli. Masa nak beli tu pun aku amik masa lama sebab tak mo beli yang mahai sangat. Ada bebudak opis aku (read: guys) gelakkan aku sound so cheapskate sebab nak spend dalam few hundred jer for digicam. Ye la diaorg beli yang harga beribu riban. Ala tak kira la aku bukan nak cari makan ngan camera unless kalau aku ni professional cameraman lain la citer. Lagipun hobi aku pun bukannya amik gambar pun. Takat nak amik gambar anak anak aku jer. So aku tanya neighbour aku yang kebetulan hubbynya mmg profesional cameraman pasal digicam. Tanya mana dia leh dapat camera rege murah. So dia ada suggestkan satu kedai ni kat Pertama Complex.

Aku pun lepas ada ongkos sket ajak member aku tu g kedai yang dia maksudkan tu. Memang murah la berbanding ngan harga kat kedai yang sebelum sebelum ni aku dok recce. Aku beli digicam tu masa lunch hour ari jumaat (lama sket). Sekali bila bawak masuk kat opis(takkan la aku nak tinggalkan dalam keter kot), ada la sorang mamat ni dok tenang tenang camera aku. Aku tak sempat cakap apa dia dah selongkar shopping bag aku. Tak sempat aku nak rasmikan dia dah rasmikan....hampess ko pes. Tapi tak per sebab nasib baik dia tak kutuk camera yang aku beli tu sebab semalam dia ler antara orang yang menggelakkan aku pasal cheapskate tu. Dia cakap wife dia pun tak terer nak beli digicam sendiri and digicam yang aku beli tu kira ok gak la feature dia...hehe...tengok ler sapa penasihat aku. Nak kata best sangat pun tak de ler tapi kira ok la dengan rege dia. Worth buying.

Lepas belek belek...rupanya ada lagi sorang spesis macam aku yang dok berkira kira nak beli digicam. Siap nak pinjam digicam aku lagi hehehe...Nampaknya i'm not alone hehehe...