Berani kerana benar
Aku tertarik dengan berita ni.
Macam-Macam: Padah ugut gadis
JEDDAH: Seorang remaja Arab Saudi dipenjara dan disebat sebanyak 49 kali selepas menggunakan taktik keterlaluan untuk mengurat dan memaksa gadis idaman keluar dengannya. Akhbar Arab News melaporkan semalam, remaja lelaki terbabit bertindak merakam gambar gadis itu.
Dia kemudian mengugut menyiarkan gambar berkenaan di internet jika enggan melayan kehendaknya.
Namun, si gadis itu tidak gentar dan memberitahu bapanya yang membuat aduan kepada pihak berkuasa Saudi. Anggota polis menyerbu rumah remaja itu dan menemui imej gadis itu di dalam telefon bimbitnya.
(Sumber : Berita Harian)
Agak agak kalau kat Malaysia, polis kita nak buat tak macam ni? So far aku rasa setakat terima aduan jer kot tapi tak de la sampai nak serbu rumah orangkan. Hmm tapi kalau kat Malaysia dibuat macam ni kan best, lebih ramai perempuan rasa lebih selamat dan tidak teraniaya. Tak takut kalau orang beri ugutan sebab mereka tahu ada pihak yang akan membela nasib mereka. Kaedah ni bole juga naikkan self esteem golongan wanita yang selalu teraniaya so mereka lebih mudah mendidik anak anak mereka jadi, generasi akan datang di Malaysia akan lebih berani.
<< Home