Kurang budi bahasa
Aku rasa sekarang memang masyarakat kita dah semakin biadap dan semakin kurang budi bahasa. Even wartawan pun sekarang dah pandai cakap perkara yang kurang sopan. Sebagai contoh aku ada terima satu email yang diforward kan oleh seseorang mengenai Mawi dan tunangnya. Aku tak kisah pun baca setakat hiburan. Tapi yang aku terkilan bahasa yang digunakan oleh orang tu untuk describekan ayah Mawi meninggal sebagai GOAL. Nauzubillah apa la nak jadi dengan masyarakat sekarang ni eh. Macam la arwah tu adik-adik dia atau kawan kawan dia. Sungguh kurang sopan. Tak respect kat ibu bapa orang langsung. Apa la salah orang tua tu kat dia sampai cakap macam tu dan forwardkan pada semua orang satu Malaysia. Sampai hati orang tu. Kot yea pun menyampah kat Mawi tapi janganla ibu bapa dijadikan mangsa. Apa perasaan kita kalau ibu bapa kita dikata sebegitu rupa. Itu la kadang kadang aku setuju jugak mengatakan masyarakat Malaysia ni semakin hari semakin biadap. Memang patut kerajaan menyarankan kempen berbudi bahasa. Nak kata aku ni berbudi bahasa tinggi sangat idak ler tapi at least ibu bapa orang jangan ler kita caci sebab kita tak tahu lagi nasib kita esok lusa. Tak kene kat ibu bapa kita tapi mungkin anak anak kita atau rakan anak kita yang akan bertindak macam tu. Mintak dijauhkan perkara macam tu berlaku kat aku.
<< Home