Something to ponder
Tips ni aku dapat drp emails drp salah satu mailing list aku. I think it is good for us yg baru nak membesarkan anak ni.
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama
panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan
merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik
adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak
yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini
akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan
dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak
yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka
ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah
keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa
itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka
beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap.
Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai.
Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar
menghargai orang lain).
12.Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali
pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka
lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah
tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu
akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda
suami isteri.
14.Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah
begitu real dalam dunia mereka.
15.Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa
yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan
daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.
Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat
malam.
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak
akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting
daripada keluarga.
19.Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala
cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka,
dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila
rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20.Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
<< Home